Sunday, November 10, 2013

POLA LANGSIR PELBAGAI JENIS SCALLOP DAN PELMET

POLA LANGSIR PELBAGAI JENIS SCALLOP DAN PELMET

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai yang pandai menjahit bermacam2 jenis jahitan...ada yang boleh menjahit baju kurung, tudung, baju kemeja, seluar slack, skirt, cadar, quilt, sarung bantal, sarung kusyen, langsir biasa2, dan tak kurang juga pattern canggih2 seperti pelmet dan scallop, rosset, pouf valance, butterfly boxpleat dan sebagainya...walaubagaimana pun yang baru berjinak2 dengan dunia jahitan mesti nak cari pola yang sesuai dan cantik untuk mereka cuba jahit sendiri di rumah...mana yang boleh pergi kursus ok la...tapi yang tak ada masa nak pergi kursus dan juga kos kursus yang semakin meningkat...jalannya, ambil kursus jarak jauh yang menawarkan kos yang berpatutan dan mampu dikeluarkan sebagai modal percubaan pertama menjahit langsir yang canggih2 ni...Kami perihatin akan keperluan tukangjahit2 ini menawarkan anda untuk membeli pakej2 POLA bagi langsir yang terpilih yang menjadi trend semasa; antaranya ialah:


1. Royal Scallop 24


2. Loose Scallop 35


3. Hidden Scallop 24


4. Narrowide Scallop 38


Buat masa ini hanya 4 pattern advance yang ditawarkan untuk anda cuba jahit dengan membeli pakej POLA bagi pattern2 di atas. Setiap pakej akan disediakan pola scallop, pola pelmet bagi yang ada pelmet, pola side pleat bagi yang ada side pleat, tag note ukuran dan step by step dilampirkan, dan contoh jahitan scallop separa siap disediakan seperti gambar dibawah:



Contoh jahitan royal scallop separa siap.

Anda boleh memilih satu atau lebih pattern bagi pakej di atas. Harga bagi pakej 1. Royal Scallop adalah RM100, manakala bagi lain2 pakej, 2. Loose Scallop, 3. Hidden scallop dan 4. Narrowide Scallop adalah RM120 setiap satu pakej.

Untuk menepah dan membeli pakej boleh berurusan dengan saya melalui email pesona_anjung@yahoo.com atau inbox message ke fb https://www.facebook.com/pesonaanjung.collections. Atau boleh terus hubungi saya di talian 013-5275358.

(Tawaran Nov 2013, order satu atau lebih pakej pola diatas, dapat satu free tepung kek coklat moist 2in1)


Selamat Belajar...







Friday, November 8, 2013

RESEPI BROWNIE CHEESE

RESEPI BROWNIE CHEESE
(Menggunakan Tepung Kek Coklat Moist 2 In 1 Pesona Anjung)


Brownie Cheese Cake

Kiri  ~ kek coklat moist
Kanan ~ brownie cheese
(Dibuat dari tepung kek yang sama iaitu 
Tepung Kek Coklat Moist 2 In 1 Pesona Anjung)

Bahan-bahan brownie :
  
                       Tepung Kek Coklat Moist 2 In 1 Pesona Anjung - Campuran A 1 pek
                       2 biji telur
                       1 cawan gula
                       1/2 cawan susu pekat manis
                       1/2 cawan minyak
                       1/2 cawan mentega (dicairkan)
                       1 cawan air suam

Cara-cara :   
1. Ayak Tepung Campuran A dari Tepung Kek Coklat Moist 2 In 1 Pesona anjung.
1. Cairkan mentega dalam bekas kecil diatas api perlahan. Bila semuanya dah cair. Tutup api dan ketepikan.
2. Di dalam bekas adunan, pukul telur dan gula hingga agak kembang. Masukkan susu pekat, minyak dan mentega yang dicairkan tadi. Pukul perlahan.
3. Masukkan Tepung Campuran A sedikit sedikit berselang seli dengan air suam sambil kacau hingga sebati. Kalau guna mixer, yang paling perlahan dan sekejap sahaja hingga sebati.
4. Masukkan adunan kedalam loyang 9x9 atau 8x8 yang telah digris dgn minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit atas api sederhana. Sementara menunggu kukusan brownie, boleh lah sediakan adunan cheese.


Bahan-bahan untuk lapisan cheese :

                      500g cream cheese
                      140g gula halus
                      4 biji telur

Cara-cara :
1. Putar cream cheese hingga gebu. Tambah gula dan telur putar lagi hingga sebati.
2. Apabila kukusan brownie cukup 45 minit, buka tudung kukusan dan tutupan aluminium foil, tuang adunan cheese atas brownie dan tutup semula dengan aluminium foil serta tudung pengukus. Sambung kukus selama 25 minit. 
3. Siap kukus, tutup api dan keluarkan brownie cheese, buka aluminium foil dan biarkan sejuk. Celorengkan sedikit atas brownie cheese dengan coklat yang diambil dari topping coklat yang tersedia dalam pek tepung kek coklat moist 2 in 1, dan letak 2 atau 3 biji ceri sebagai hiasan.


Inilah rupa Tepung Kek Coklat Moist 2 in 1 Pesona Anjung:


Resepi Kek Coklat Moist sudah tersedia dalam pek.



Untuk mendapatkan Tepung Kek  Coklat Moist 2 In 1 Pesona Anjung, boleh email pesona_anjung@yahoo.com atau fathiyahmi@yahoo.com, atau message inbox saya di https://www.facebook.com/fathiyah.matisa, atau boleh terus hubungi saya di talian 013-5275358. 
(Tawaran Nov 2013, beli satu pek RM10, beli 2 pek ke atas dapat RM8/pek. 10 pek ke atas dapat harga borong iaitu RM7/pek)

Selamat Mencuba!!












                       
                        
   




Wednesday, October 16, 2013

Tepung Kek Coklat Moist 2 in 1

Tepung Kek Coklat Moist 2 in 1

Assalamualaikum / salam sejahtera,
Dalam kesibukan dengan kerja2 rutin harian kita, marilah kita luangkan masa sedikit sahaja masa untuk menjamu selera keluarga dengan masakan kita sendiri...tak ada masa bukanlah alasan kerana kini sudah tersedia cara mudah dan cepat untuk menyediakan masakan kegemaran seisi keluarga hujung minggu iaitu kek coklat moist yang boleh dibuat dengan mudah dan cepat melalui Tepung Kek Coklat Moist 2 in 1. Kenapa 2 in 1... sebab dalam satu pack ada tepung kek coklat moist disertakan sekali dengan topping coklat yang memang mudah nak disediakan...lihat gambar dibawah ni:

packing tepung kek coklat moist 2 in 1


Dengan Tepung Kek Coklat Moist 2 in 1 ini, anda hanya perlu tambah 2 biji telur, 1/2 cawan susu pekat, 1 cawan minyak masak/jagung dan juga 1 1/4 cawan air suam. Dari satu pack dapat menghasilkan lebih kurang 1.3kg kek yang besarnya lebih kurang 8 x 8 lebar loyang dan setinggi lebih kurang 3 inci. Harga runcit satu pack hanya RM10. Campur telur + susu pekat + minyak + air adalah anggaran modal RM13. Kalau nak beli kek coklat moist di pasaran sekarang 1.3kg mahunya harga RM35 ~ RM40.

Apa kelebihan Tepung Kek Coklat Moist 2 in 1 ini?
Kelebihannya kita mudah nak sediakan bahan...tak payah nak timbang2 bagai bahan keringnya...semua tersedia dalam satu pack. Bahan basah ikut ukuran cawan jer macam cawan dibawah ni...

ukuran cawan kopi/teh

So, dalam masa satu jam termasuk masa kukusan anda dah boleh menikmati sebiji kek coklat moist yang lembut, lembap dan sedap ni... nak buat cup cake pun boleh macam kat bawah ni ;

coklat moist cup cake

Kelebihan lain, kek yang dihasilkan memang ideal, cukup moist, cukup rasa, cukup sedap dan enak dimakan. Untuk topping coklat yang shining dan halus ni, ada ramuannya yang tersendiri, anda cuma tambah 1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu pekat.. nak tambah marjerin atau mentega pun boleh...tak nak tambah pun boleh...serbuk koko yang kami gunakan ini memang yang berkualiti premium dan menimbulkan tekstur shining dan halus...nak tengok lagi kek2 yang lain, silakan;


variety of choccolate moist


coklat moist gift pack


coklat moist meleleh size 9" x 9"


coklat moist meleleh in slice


Brownie cheese dari tepung kek coklat moist 2 in 1


Kek Coklat Moist saiz 8" x 8"


Kek Coklat Moist and Brownie Cheese



Ingin Menjadi Pengedar Tepung Kek Coklat Moist 2 in 1?

Untuk anda yang berminat menjadi pengedar Tepung Kek Coklat Moist 2 in1 ini,atau ingin menjual kek coklat moist yang dihasilkan melalui Tepung Kek Coklat Moist 2 in 1 ini, boleh deal dengan saya melalui email fathiyahmi@yahoo.com atau pesona_anjung@yahoo.com. Atau boleh terus hubungi saya melalui talian 013-5275358. Saya akan berikan keterangan harga borong kepada anda. 

Bagi anda yang ingin mencuba pertama kali membeli tepung kek coklat moist 2 in 1 ini, harga promosi adalah RM8.00/pack. Promosi sah sehingga 31 Disember 2013. Selepas tarikh ini, harga kembali seperti asal RM10 /pack. 



Selamat Mencuba, Terima Kasih.