Friday, November 8, 2013

RESEPI BROWNIE CHEESE

RESEPI BROWNIE CHEESE
(Menggunakan Tepung Kek Coklat Moist 2 In 1 Pesona Anjung)


Brownie Cheese Cake

Kiri  ~ kek coklat moist
Kanan ~ brownie cheese
(Dibuat dari tepung kek yang sama iaitu 
Tepung Kek Coklat Moist 2 In 1 Pesona Anjung)

Bahan-bahan brownie :
  
                       Tepung Kek Coklat Moist 2 In 1 Pesona Anjung - Campuran A 1 pek
                       2 biji telur
                       1 cawan gula
                       1/2 cawan susu pekat manis
                       1/2 cawan minyak
                       1/2 cawan mentega (dicairkan)
                       1 cawan air suam

Cara-cara :   
1. Ayak Tepung Campuran A dari Tepung Kek Coklat Moist 2 In 1 Pesona anjung.
1. Cairkan mentega dalam bekas kecil diatas api perlahan. Bila semuanya dah cair. Tutup api dan ketepikan.
2. Di dalam bekas adunan, pukul telur dan gula hingga agak kembang. Masukkan susu pekat, minyak dan mentega yang dicairkan tadi. Pukul perlahan.
3. Masukkan Tepung Campuran A sedikit sedikit berselang seli dengan air suam sambil kacau hingga sebati. Kalau guna mixer, yang paling perlahan dan sekejap sahaja hingga sebati.
4. Masukkan adunan kedalam loyang 9x9 atau 8x8 yang telah digris dgn minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit atas api sederhana. Sementara menunggu kukusan brownie, boleh lah sediakan adunan cheese.


Bahan-bahan untuk lapisan cheese :

                      500g cream cheese
                      140g gula halus
                      4 biji telur

Cara-cara :
1. Putar cream cheese hingga gebu. Tambah gula dan telur putar lagi hingga sebati.
2. Apabila kukusan brownie cukup 45 minit, buka tudung kukusan dan tutupan aluminium foil, tuang adunan cheese atas brownie dan tutup semula dengan aluminium foil serta tudung pengukus. Sambung kukus selama 25 minit. 
3. Siap kukus, tutup api dan keluarkan brownie cheese, buka aluminium foil dan biarkan sejuk. Celorengkan sedikit atas brownie cheese dengan coklat yang diambil dari topping coklat yang tersedia dalam pek tepung kek coklat moist 2 in 1, dan letak 2 atau 3 biji ceri sebagai hiasan.


Inilah rupa Tepung Kek Coklat Moist 2 in 1 Pesona Anjung:


Resepi Kek Coklat Moist sudah tersedia dalam pek.



Untuk mendapatkan Tepung Kek  Coklat Moist 2 In 1 Pesona Anjung, boleh email pesona_anjung@yahoo.com atau fathiyahmi@yahoo.com, atau message inbox saya di https://www.facebook.com/fathiyah.matisa, atau boleh terus hubungi saya di talian 013-5275358. 
(Tawaran Nov 2013, beli satu pek RM10, beli 2 pek ke atas dapat RM8/pek. 10 pek ke atas dapat harga borong iaitu RM7/pek)

Selamat Mencuba!!