Sunday, February 7, 2016

Kursus Jahitan Langsir 2016 (Multiple scallops)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....yang dinanti2 telah tiba....
Kelas Jahitan Langsir 2016,
Pattern utama : 1. Loose Scallop, 2. Twist Scallop
Pattern Tambahan : Narrowide, Narrow Festoon dan Royal Scallop
Tempat dan Tarikh : Kulim, Kedah (13 Mac 2016, Ahad), Sg.Petani, Kedah (19 Mac 2016, Sabtu).... time cuti sekolah...
Yuran : RM380... makan tengahari dan minum petang disediakan, kain, kertas pola, nota, mesin jahit disediakan, sekiranya pelajar nak bawa sendiri mesin jahit portable dialu-alukan.
Untuk booking tempat dan pertanyaan boleh whatsapp/sms/call 013-5275358 (Pn.Fathiyah)
Ini iklan dalam fb.....detailnya disini: jom review...

Apa yang akan anda pelajari:

1. Permulaan sessi pembelajaran akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan tutor beberapa tips cara ukur tingkap, pintu, sliding door dan cara kira budget langsir secara umumnya. Pelajar boleh bersoal jawab dengan tutor secara direct. Tutor berpengalaman dalam bidang langsir lebih dari 12 tahun dan pernah handle banyak projek langsir sekolah, rumah dan juga bangunan2 pejabat.

Loose scallop

2. Loose Scallop, nota akan diberikan, pola juga disediakan, anda cuma perlu potong kain mengikut pola mengikut panduan tutor, kain yang berlainan jenis cara potong juga berlainan...semua akan dijelaskan dalam kelas. Kemudian step step seterusnya, cara melipat, cara jahit dan cara cantum... semuanya anda akan dapat dengan menghadiri Kelas Jahitan Langsir 2016 (Multiple Scallops). Kain disediakan, pola disediakan, anda cuma perlu bawa gunting, tape ukur, buku nota dan pen shj... mesin jahit juga disediakan untuk kemudahan menjahit secara praktikal.

Twist Scallop


Twist Scallop yang dihasilkan pelajar tahun 2014

3. Twist scallop, gambar diatas adalah salah satu hasil jahitan pelajar yang pernah belajar dengan Pesona Anjung Collections. Dalam kelas, pelajar juga boleh buat langsir yang hebat macam ni... pelajar akan diajar cara potong kain yang betul untuk dapatkan hasil twist scallop yang cantik. Pastilah ada caranya... anda akan dapat skillnya hanya di dalam Kelas Jahitan Langsir 2016 (Multiple Scallops)... dan akan ada juga cara buat bunga yang kat tengah2 tu.... comelkan bunga tu... apa lagi jom cepat daftar... sebelum kelas penuh....

Narrow Festoon (Untuk pattern Tie Scallop)

4. Narrow Festoon, ini adalah pattern tambahan yang akan dikongsikan dalam kelas, pola akan di beri dan ditunjukkan cara potong dan lipat scallop. Pattern ini selalu digunakan untuk pattern tie scallop.

Narrowide Scallop

6. Narrowide Scallop, juga adalah pattern tambahan yang akan dikongsikan dalam kelas, untuk pattern2 tambahan pelajar sudah memahami bagaimana cara memotong kain dan cara lipat sebab basicnya sama sahaja dengan loose scallop...jadi pada peringkat ini pelajar lebih mudah memahami dan cepat belajar, cuma ditambah beberapa skill cara potong kain untuk narrowide ini supaya dapat hasilkan narrowide yang cantik dan beralun mengikut susunan yang teratur...semuanya akan diterangkan dalam Kelas Jahitan Langsir 2016 (Multiple Scallops)...

Royal Scallop

7. Royal Scallop, pattern yang lama tapi classic...tak lapuk dek hujan tak lapuk dek panas, still mendapat tempat dihati penggemar2 langsir... pattern ini juga akan diberikan pola dan nota tunjukcara lipat dan jahit... 


Kesemua yang anda akan dapat 5 pattern Scallops... 

berbaloi kan, nilai kelas ini asalnya adalah RM800 tetapi 

Pesona Anjung Colection amat berbesarkan hati untuk 

menginfakkan sedikit ilmunya dan mencurahkan segala 

pengalaman yang ada dengan hanya menawarkan 

RM380 sahaja untuk anda supaya anda dapat belajar 

dengan sempurnanya...


Tunggu apa lagi....daftarlah sekarang, booking tempat 

anda,hubungi penganjur di talian:

013-5275358 (Puan Fathiyah)

(Whatsapp/SMS/Call)












No comments:

Post a Comment